Thursday, September 19, 2013

TUN DR.M Bakal Tampil Dalam Sebuah Filem Patriotik !

Di tulis oleh : Adinda Atie (siti.atie@yahoo.com) 





KUALA LUMPUR, 19 SEPT 2013: Tun Dr.Mahathir bakal membuat penampilan cameo dalam sebuah filem patriotik.

Tidak lama dulu, Malaysia digemparkan dengan berita Perdana Menteri Malaysia yang terkini Datuk Seri Najib Tun Razak yang dikhabarkan akan membuat penampilan khas dalam filem berjudul Ikrar Perwira. 

Terkini, Malaysia sekali lagi digegarkan dengan berita Tun Dr.Mahathir pula akan berlakon di dalam filem KAPSUL arahan Martias Mohd Ali.

Memetik dari laporan Harian Metro semalam, Martias berkata usaha mendapatkan kerjasama pemimpin Negara yang disegani ramai hingga ke peringkat antarabangsa itu masih dalam perbicangan antara produksi Two Tones Sdn Bhd bersama beliau.

“Filem ini masih dalam proses praproduksi. Kami masih berbincang mengenai perkara ini dan berharap beliau dapat membintangi filem ini yang mahu menggambarkan semula Wawasan 2020”, kata Martias Mohd Ali yang turut menulis skrip untuk filem KAPSUL.

Filem ini dijangka akan memulakan produksi pada akhir tahun ini.

Faizal Hussein sudah mengesahkan akan membintangi watak utama filem ini bersama-sama Shaharuddin Thamby dan penampilan khas,jutawan internet,Irfan Khairi.


-TAMAT-

1 comment:

  1. Tun Mahathir berlakon? Wahh..tak sabar nak tengok.

    From : http://mindtoset.blogspot.com/

    ReplyDelete