Saturday, September 14, 2013

Filem : Psiko Pencuri Hati


SINOPSIS

Sejauh mana anda melakukan kajian apabila menulis novel tentang pembunuh bersiri? Adakah anda perlu berfikir seperti seorang pembunuh? Adakah anda memerlukan emosi serta kemahiran seperti pembunuh bersiri untuk memastikan kisah mengenai anda tersebar di akhbar? Dalam Psiko: Pencuri Hati, persoalan ini ditujukan kepada watak utama filem ini iaitu Sidi. Sidi merupakan seorang penulis yang sentiasa cuba berlawan dengan perasaannya sendiri. Dia cuba mencari masa sesuai untuk melakukan penyelidikan bagi novel terbaru beliau yang berkisar mengenai pembunuh bersiri. Walaubagaimanapun, dia mendapati dirinya berada dalam kegelapan.

Klasifikasi: 18

Genre: Aksi / Drama / Suspens
Tarikh Tayangan: 5 September 2013
Bahasa: Malay
Pengedar: ALTERNATE PICTURES SDN BHD
Pengarah: Namron
Pelakon: Bront Palarae, Syed Hussein Syed Mustafa, Sharifah Amani, Amerul Affendi, Shera Ayob, Julia Ziegler



Ulasan :

Selepas Filem Bunohan yang pernah mengegarkan industri pada tahun 2012, industri perfileman di Malaysia kembali suram dengan kisah mat motor , kisah hantu dan kisah cinta terhalang. Keberanian Alternate Pictures dengan mengambil Namron untuk mengarah Psiko Pencuri Hati ternyata tidak sia-sia.

Walaupun filem yang diklasifikasikan 18 tahun ke atas kerana ada unsur-unsur ganas, filem ini tetap mendapat sambutan hangat daripada penyokong filem di Malaysia.

Lakonan Syed Hussein dan Sharifah Amani layak untuk mendapat pengiktirafan dalam Festival Filem akan datang.

Apa-apa pon Tahniah dari kami The Table-Talk Session kepada Namron dan semua pelakon yang terlibat.

Majulah industri perfileman. Semoga ramai lagi pembikin filem yang berani menghasilkan karya kelas A untuk penyokong filem Malaysia.

-TAMAT-

No comments:

Post a Comment