Sunday, September 22, 2013

Hiburan : Imran Ajmain Kembali !


Semalam Table-Talk Crew (Atie) berkesempatan menemubual Imran Ajmain yang terlibat dengan persembahan di Laman Budaya,Shah Alam anjuran MBSA.

Beliau yang baru seminggu pulang ke Malaysia dari Belanda menyifatkan aktiviti di Laman Budaya amat menarik dan harus diteruskan.

Seperti semua orang tahu, beliau baru saja kehilangan ayahanda tercinta pada bulan Mac yang lalu. Oleh itu,beliau berdiam diri sebentar dari industri untuk menjaga ibunda yang tersayang.

"Album saya dah lama siap. Sepatutunya bulan Mac yang lalu saya dah lancarkan album tersebut tetapi bila ayah saya pergi buat selama-lamanya, saya lebih memilih untuk menjaga Ibu saya." kata Imran Ajmain.

Album terbaru beliau SETULUS KASIH akan dilancarkan pada bulan hadapan. Album tersebut mempunyai 7 buah lagu baru dan Imran mengambil langkah berani kerana bekerja buat pertama kalinya dengan penulis lirik yang pertama kali menulis lirik.

Wah, Table-talk Crew rasa Imran Ajmain menaruhkan sesuatu yang besar. Moga album ini dapat sambutan dari semua yang meminati beliau.

Untuk kalian yang berminat untuk berhubung dengan beliau boleh terus ke laman Twitter @ImranAjmain


Hiasan :P



1 comment:

  1. Berita tentang Imran Ajmain agak menarik tetapi saya rasa perlu ada sedikit sebanyak tentang penerangan Imran, kerana bukan semua masyarakat mengetahui tentang beliau. mungkin latar belakang dia yang dulu boleh diterangkan atau diceritakan kembali untuk tambah pengetahuan masyarakat luar yang tidak mengenalinya untuk lebih mengenalinya.

    ReplyDelete