HERO , ataupun lebih dikenali sebagai ABAM IYO seekor kucing yang telah dipotong kedua-dua belah kakinya telah pergi meninggalkan kita semua.
HERO menjadi fenomena untuk bertahun-tahun lamanya. Perkara yang rakyat Malaysia takutkan telah pun terjadi. Pemergian Abam Iyo telah menyentak banyak hati rakyat Malaysia.
Di fanpage Kakimotong , Has Ahmad berkata "cuba tak nak nangis,tapi air mata tetap keluar."
saat-saat akhir HERO ketika di VET
Jenazah Arwah Abam Iyo akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sg Lalang, Semenyih, berdekatan dengan pusara arwah bonda PH...
Ku mengenalinya melalui titipan di majalah mastika.
Kisahnya yg dipotong tangannya kerana sepotong ikan utk mengisi perut yg kosong semata.
Lalu kumencari laman penyelamatnya yg hanya berbekalkan minyak gamat sebagai penyembuh luka tatkala mengila sakitnya tangan itu.
Sembuhnya membawa sinar.sinar harapan pd kaumnya membuka minda dan hijab kasih sayang manusia pd kaum senasibnya. Terbuang tersisih krn mrk tidak pandai cr duit utk mkn.meminta hanya itu yg mrk tau.
Sementelah itu kerap la ada sebungkus kibbles katanya didlm kereta suamiku. Ditabur dgn kasih sayang tanpa perlu mrk meminta."makanla sayangku ini bahagian mu" .
Tersentap kiranya petang mingguku hari ini melihat perkabaran yg dia telah pergi.
Perginya meninggalkan sejuta semangat kental Ketabahan mengunung dan diciptakanya kasih sayang yg tak bertepi dijiwa manusia terhadap kaumnya.
Ya Allah telah Engkau ambil semula suatu roh yg telah Engkau pinjamkan sebagai peringatan pd manusia. Disisi Engkau kembalinya dia duduk dgn penuh kesempurnaan.
Papa Hero,Mama Hero tak mengapa andai kamu bersedih. Ya bersedihla. Siapa yg tidak setelah kehilangan dia yg begitu memberi impak dlm kehidupan kamu.namun dia tinggalkan kita dgn tanggungjawab agar terbela la nasib haiwan2 yg dikhianati manusia diluar sana.
Hati ini tidak mungkin akan melupainya. Dia kesayangan Rasul kita. Dia kesayangan kita. Hero pergi kamu sebagai kucing yg sgt bertuah...
No comments:
Post a Comment